Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 · Updated to 15 Jan 2021 · Bahagian V · Kuasa Khas Pengarah Operasi dan Pasukan Keselamatan yang Dikerah Tugas ke Kawasan Keselamatan
35. Kuasa untuk mengetepikan inkues, dsb
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis, di dalam kawasan keselamatan—
seseorang Majistret atau koroner boleh mengetepikan pengadaan siasatan kematian atau inkues ke atas mayat mana-mana anggota Pasukan Keselamatan yang bertugas; dan
Majlis Keselamatan Negara 29
jika Majistret atau koroner yang bertanggungjawab bagi pengadaan siasatan kematian atau inkues ke atas mayat mana-mana orang berpuas hati bahawa orang itu telah terbunuh di dalam kawasan keselamatan akibat operasi yang dijalankan oleh Pasukan Keselamatan bagi maksud menguatkuasakan mana-mana undang-undang bertulis, Majistret atau koroner itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengetepikan pengadaan siasatan kematian atau inkues ke atas mayat orang itu.