Skip to content
In forceUpdated to 15 Jan 2021Read it in English

Bahagian V · Kuasa Khas Pengarah Operasi dan Pasukan Keselamatan yang Dikerah Tugas ke Kawasan Keselamatan

34. Penggunaan kekerasan yang munasabah dan perlu

Feedback & support
(1)

Mana-mana anggota Pasukan Keselamatan di dalam kawasan keselamatan boleh menggunakan apa-apa kekerasan terhadap orang dan benda setakat yang munasabah dan perlu dalam hal keadaan itu untuk memelihara keselamatan negara.

(2)

Penggunaan apa-apa kekerasan terhadap seseorang tidak boleh—

(a)

termasuk apa-apa jua yang berkemungkinan akan menyebabkan kematian, atau kemudaratan badan yang teruk kepada, orang itu melainkan jika anggota

Pasukan

Keselamatan itu atas alasan yang munasabah mempercayai bahawa mengambil tindakan sedemikian disifatkan perlu—

(i)

untuk melindungi nyawa, atau menghalang kecederaan serius kepada, seseorang yang lain, termasuklah anggota itu; atau

(ii)

untuk melindungi kawasan keselamatan itu atau mana-mana bahagian kawasan keselamatan itu terhadap ancaman serangan bersenjata; atau

(b)

menyebabkan orang itu dihina lebih teruk daripada yang munasabah dan perlu dalam hal keadaan itu.

Report