Seksyen 31
Permintaan bagi penggunaan sumber
of Akta Majlis Keselamatan Negara 2016
ActIn forceProvision 31 of 46
Seksyen 31
(1)
Jika Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi mendapati bahawa apa-apa sumber dikehendaki untuk memelihara keselamatan negara di dalam kawasan keselamatan, Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi boleh meminta supaya sumber itu digunakan bagi maksud itu.
(2)
Pampasan hendaklah dibayar kepada orang yang sumbernya diminta di bawah seksyen ini.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “sumber” termasuklah utiliti dan aset.