Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 · Updated to 15 Jan 2021 · Bahagian V · Kuasa Khas Pengarah Operasi dan Pasukan Keselamatan yang Dikerah Tugas ke Kawasan Keselamatan
26. Kuasa untuk memeriksa dan menyita
Feedback & supportMana-mana anggota Pasukan Keselamatan boleh, tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan, memberhentikan dan memeriksa mana-mana individu, kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut
Majlis Keselamatan Negara 21
di dalam kawasan keselamatan jika dia mengesyaki bahawa apa-apa artikel atau benda yang menjadi keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan terhadap mana-mana undang-undang bertulis mungkin dijumpai pada individu itu atau di dalam kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut itu, dan boleh menyita apa-apa artikel atau benda yang dijumpai sedemikian.
Mana-mana anggota Pasukan Keselamatan boleh, tanpa waran, memasuki dan menggeledah mana-mana premis atau tempat jika dia mengesyaki bahawa apa-apa artikel atau benda yang menjadi keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan terhadap mana-mana undang-undang bertulis mungkin dijumpai di premis atau tempat itu, dan boleh menyita apa-apa artikel atau benda yang dijumpai sedemikian.