Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian VI · Pengurusan Aset dan Tanggungan
29A. Kesan pelantikan Pentadbir Khas
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pelantikan seseorang Pentadbir Khas di bawah seksyen 23 atau 24 tidak boleh—
dikira sebagai meletakkan Pentadbir Khas itu, orang terjejas atau mana-mana orang lain dalam keadaan telah mengingkari atau memungkiri apa-apa kontrak, atau melakukan pecah kepercayaan;
dikira sebagai memberikan hak kepada mana-mana orang untuk—
menamatkan, membatalkan atau mengubahsuai sesuatu perjanjian;
menguatkuasakan atau rnencepatkan pelaksanaan sesuatu kewajipan; atau
menghendaki pelaksanaan sesuatu kewajipan yang sebaliknya tidak akan berbangkit untuk pelaksanaan;
42 Undang-Undang Malaysia
dikira sebagai meletakkan Pentadbir Khas itu, orang terjejas atau mana-mana orang lain dalam keadaan telah melanggar mana-mana undang-undang atau perjanjian yang melarang, menyekat atau mengawal selia penyerahhakan, penjualan, pelupusan atau pemindahan apa-apa aset atau pendedahan maklumat;
melepaskan seorang penjamin daripada sesuatu kewajipan;
mentaksahkan atau melepaskan sesuatu kontrak atau cagaran;
dikira sebagai menamatkan, membatalkan atau mengubah apa-apa hak, keistimewaan, pengecualian
(termasuk apa-apa pengecualian cukai) atau keutamaan berhubung dengan sesuatu aset;
dikira sebagai meletakkan Perbadanan, Jawatankuasa
Selia atau Pentadbir Khas itu dalam keadaan telah melanggar mana-mana undang-undang atau apa-apa perintah mana-mana mahkamah.
Bahagian VII
Hak Tambahan
Bahagian VIII
Pemakaian Akta Lain
Bahagian IX