Skip to content
In forceUpdated to 15 Mar 2023Read it in English

Bahagian III · Kawalan Pengimportan dan Pengilangan Racun Makhluk Perosak Melalui Pendaftaran dan Permit

10. Kuasa untuk membatalkan pendaftaran

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2) dan tanpa menyentuh mana-mana pendakwaan yang boleh dibawa di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, Lembaga boleh memerintahkan supaya dibatalkan pendaftaran suatu racun makhluk perosak—

(a)

apabila diterima suatu pemberitahuan secara bertulis daripada orang yang atas permohonannya racun makhluk perosak itu didaftarkan, dan setelah berpuas hati, bahawa racun makhluk perosak itu telah ditarik balik daripada jualan atau penggunaan;

(b)

jika Lembaga menganggapnya tidak wajar bahawa racun makhluk perosak itu terus didaftarkan kerana keracunannya, ketidakmujarabannya atau kemudaratannya terhadap manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan atau harta;

(c)

jika racun makhluk perosak itu tidak menepati apa-apa yang dikatakan ia mempunyainya pada labelnya;

(d)

jika labelnya tidak mematuhi kehendak Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan;

Racun Makhluk Perosak 23

(e)

jika mana-mana syarat yang tertakluk pada mana racun makhluk perosak itu didaftarkan telah tidak dipatuhi;

(f)

jika Lembaga mendapati bahawa sesuatu daripada perkara yang disampaikan kepadanya di bawah subseksyen 7(2) adalah tidak benar pada mana-mana butir material; atau

(g)

jika Lembaga berpuas hati bahawa racun makhluk perosak itu telah tidak digunakan lagi.

(2)

Sebelum memerintahkan pembatalan pendaftaran sesuatu racun makhluk perosak atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1), selain alasan dalam perenggan (1)(a) itu, Lembaga hendaklah, dengan notis secara bertulis, memberi orang yang atas permohonannya racun makhluk perosak itu didaftarkan suatu peluang untuk menunjukkan sebab mengapa perintah itu tidak patut dibuat, dan sementara menunggu perintah sedemikian dibuat semua penjualan, pengimportan atau pengilangan racun makhluk perosak itu oleh orang itu hendaklah digantung dari tarikh penerimaan notis itu olehnya.

Orang yang mendaftar hendaklah memberitahu Lembaga mengenai kesan buruk racun makhluk perosak

Report

Bahagian IV

Kawalan Pengilangan, Penjualan dan Penyimpanan Racun Makhluk Perosak Melalui Pelesenan

Bahagian V

Kawalan Kehadiran Racun Makhluk Perosak dalam Makanan

Bahagian VI

Kematian dan Kecederaan yang Disebabkan Oleh Racun Makhluk Perosak

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Cerakinan

Bahagian IX

Prosiding

Bahagian X

Bahagian XI

Pindaan, Pemansuhan dan Pengecualian Undang-Undang yang Berkaitan

Bahagian I

Bahagian I Jadual Ketiga Akta ini dan oleh itu Ordinan itu dipinda dengan—

Schedules