Akta Racun Makhluk Perosak 1974 · Updated to 15 Mar 2023 · Bahagian III · Kawalan Pengimportan dan Pengilangan Racun Makhluk Perosak Melalui Pendaftaran dan Permit
10A. Section 10A
Feedback & support(1)
Tanpa menjejaskan kuasa yang diberikan kepada Lembaga di bawah seksyen 10, orang yang atas pemohonannya racun makhluk perosak telah didaftarkan hendaklah memberitahu Lembaga apabila dia menemui apa-apa kemudaratan yang dibawa oleh racun makhluk perosak itu terhadap manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan atau harta, dalam masa enam puluh hari daripada penemuan sedemikian.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 149