Seksyen 11
Rayuan terhadap keputusan Lembaga
of Akta Racun Makhluk Perosak 1974
Jika seseorang pemohon bagi pendaftaran atau pendaftaran semula sesuatu racun makhluk perosak tidak berpuas hati dengan penolakan Lembaga untuk mendaftarkan atau mendaftarkan semula racun makhluk perosak itu atau jika orang yang atas permohonannya suatu racun makhluk perosak itu didaftarkan tidak berpuas hati dengan perintah Lembaga membatalkan pendaftaran racun makhluk perosak itu, pemohon atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh merayu kepada Menteri, dan keputusan Menteri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
(2)
Dalam hal suatu rayuan terhadap penolakan Lembaga untuk mendaftarkan atau mendaftarkan semula sesuatu racun makhluk perosak, perayu boleh menyampaikan kepada Menteri apa-apa maklumat berhubungan dengan racun makhluk perosak itu sebagai tambahan kepada maklumat yang terdahulu yang telah disampaikan kepada Lembaga dengan syarat bahawa maklumat terdahulu itu hendaklah pada masa yang sama disampaikan kepada Lembaga.