Skip to content
In forceUpdated to 15 Mar 2023Read it in English

Bahagian III · Kawalan Pengimportan dan Pengilangan Racun Makhluk Perosak Melalui Pendaftaran dan Permit

14. Section 14

Feedback & support
(1)

Seseorang yang berhasrat untuk mengimport suatu racun makhluk perosak bagi maksud pelajaran atau penyelidikan atau sebagai contoh pendaftaran atau piawaian cerakinan hendaklah membuat permohonan kepada Lembaga mengikut cara yang ditetapkan, dan disertakan dengan bayaran permohonan yang ditetapkan, bagi mendapatkan suatu permit untuk mengimport racun makhluk perosak itu.

(2)

Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1),

Lembaga boleh, jika ia berpuas hati bahawa racun makhluk perosak yang dihasratkan untuk diimport itu dicadangkan semata-mata bagi

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 149

maksud pelajaran atau penyelidikan atau sebagai suatu contoh pendaftaran atau piawaian cerakinan, mengeluarkan kepada pemohon itu suatu permit mengikut bentuk yang ditetapkan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan, termasuk syarat mengenai pelupusan mana-mana lebihan racun makhluk perosak yang tidak digunakan itu.

(3)

Jika seseorang pemohon bagi suatu permit di bawah seksyen ini tidak berpuas hati dengan penolakan Lembaga untuk mengeluarkan kepadanya permit itu, dia boleh merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(4)

Sesuatu permit yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah membenarkan pengimportan satu konsainan sahaja satu racun makhluk perosak atau lebih dalam sesuatu tempoh yang dinyatakan.

(5)

Orang yang kepadanya suatu permit dikeluarkan di bawah seksyen ini boleh, tertakluk pada syarat permit itu, mengimport racun makhluk perosak atau racun-racun makhluk perosak yang dinamakan dalam permit itu walaupun racun makhluk perosak atau racun-racun makhluk perosak itu tidak pada masa ini didaftarkan di bawah Akta ini atas permohonannya dan walau apa pun larangan dalam seksyen 13 terhadap pengimportan racun makhluk perosak yang salah jenama atau tidak didaftarkan.

(6)

Seseorang yang mengimport suatu racun makhluk perosak di bawah suatu permit yang dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen ini tetapi berlawanan dengan atau melanggar mana-mana syarat permit itu melakukan suatu kesalahan.

(7)

Seseorang yang mengimport suatu racun makhluk perosak di bawah suatu permit yang dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen ini dan yang menggunakan atau melupuskan racun makhluk perosak itu selain bagi maksud pelajaran atau penyelidikan atau sebagai suatu contoh pendaftaran atau piawaian cerakinan, melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan selama tiga tahun atau didenda lima puluh ribu ringgit.

Racun Makhluk Perosak 27

(8)

Lembaga boleh mewakilkan fungsinya di bawah seksyen ini kepada mana-mana ahli Lembaga itu.

Penyelidikan atau percubaan atas racun makhluk perosak yang tidak didaftarkan yang disintesis di Malaysia

Report

Bahagian IV

Kawalan Pengilangan, Penjualan dan Penyimpanan Racun Makhluk Perosak Melalui Pelesenan

Bahagian V

Kawalan Kehadiran Racun Makhluk Perosak dalam Makanan

Bahagian VI

Kematian dan Kecederaan yang Disebabkan Oleh Racun Makhluk Perosak

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Cerakinan

Bahagian IX

Prosiding

Bahagian X

Bahagian XI

Pindaan, Pemansuhan dan Pengecualian Undang-Undang yang Berkaitan

Bahagian I

Bahagian I Jadual Ketiga Akta ini dan oleh itu Ordinan itu dipinda dengan—

Schedules