Skip to content
In forceUpdated to 15 Mar 2023Read it in English

Bahagian III · Kawalan Pengimportan dan Pengilangan Racun Makhluk Perosak Melalui Pendaftaran dan Permit

14A. Section 14A

Feedback & support
(1)

Seseorang yang berhasrat untuk menjalankan apa-apa penyelidikan atau percubaan di luar makmal atas suatu racun makhluk perosak yang tidak didaftarkan yang disintesis di Malaysia hendaklah memohon kepada Lembaga mengikut cara yang ditetapkan, dan disertakan dengan bayaran pendaftaran yang ditetapkan, bagi mendapatkan suatu permit untuk menjalankan penyelidikan atau percubaan itu.

(2)

Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1),

Lembaga boleh, jika ia berpuas hati bahawa racun makhluk perosak yang dihasratkan untuk diselidik atau dibuat percubaan itu dicadangkan semata-mata bagi maksud penyelidikan atau percubaan, mengeluarkan kepada pemohon itu suatu permit mengikut bentuk yang ditetapkan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan, termasuk syarat mengenai pelupusan mana-mana lebihan racun makhluk perosak yang tidak digunakan.

(3)

Jika seseorang pemohon bagi suatu permit di bawah seksyen ini tidak berpuas hati dengan penolakan Lembaga untuk mengeluarkan kepadanya permit itu, dia boleh merayu kepada Menteri dan keputusan

Menteri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(4)

Orang yang kepadanya suatu permit dikeluarkan di bawah seksyen ini boleh, tertakluk pada syarat permit itu, menyelidik atau membuat percubaan atas racun makhluk perosak yang dinamakan dalam permit itu, walaupun racun makhluk perosak itu tidak pada masa ini didaftarkan di bawah Akta ini dan walaupun ada larangan dalam seksyen 53A terhadap pemilikan atau penggunaan racun makhluk perosak yang tidak didaftarkan.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 149

(5)

Seseorang yang menyelidik atau membuat percubaan atas suatu racun makhluk perosak di bawah permit yang dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen ini, tetapi berlawanan dengan atau melanggar mana-mana syarat permit itu, melakukan suatu kesalahan.

(6)

Seseorang yang menyelidik atau membuat percubaan atas suatu racun makhluk perosak yang tidak didaftarkan tanpa suatu permit yang dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan selama enam tahun atau didenda lima puluh ribu ringgit.

(7)

Lembaga boleh mewakilkan fungsinya di bawah seksyen ini kepada mana-mana ahli Lembaga itu.

Report

Bahagian IV

Kawalan Pengilangan, Penjualan dan Penyimpanan Racun Makhluk Perosak Melalui Pelesenan

Bahagian V

Kawalan Kehadiran Racun Makhluk Perosak dalam Makanan

Bahagian VI

Kematian dan Kecederaan yang Disebabkan Oleh Racun Makhluk Perosak

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Cerakinan

Bahagian IX

Prosiding

Bahagian X

Bahagian XI

Pindaan, Pemansuhan dan Pengecualian Undang-Undang yang Berkaitan

Bahagian I

Bahagian I Jadual Ketiga Akta ini dan oleh itu Ordinan itu dipinda dengan—

Schedules