Skip to content

Seksyen 9

Tempoh pendaftaran

of Akta Racun Makhluk Perosak 1974

ActIn forceProvision 9 of 66
Seksyen 9
(1)

Tempoh pendaftaran sesuatu racun makhluk perosak itu ialah lima tahun tetapi racun makhluk perosak itu boleh, apabila dibuat permohonan oleh orang yang atas permohonannya racun makhluk perosak itu telah didaftarkan dan apabila dibayar bayaran pendaftaran yang ditetapkan, didaftarkan semula pada akhir tiap-tiap tempoh lima tahun.

(2)

Sesuatu permohonan bagi pendaftaran semula suatu racun makhluk perosak hendaklah dibuat dan diuruskan mengikut cara yang sama dengan suatu permohonan pendaftaran di bawah seksyen 7.