Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian X · Simpanan Polis Diraja Malaysia

53. Pegawai Polis bersara yang tidak bertanggungan berkhidmat boleh memilih untuk berkhidmat

Feedback & support
(1)

Walau apa pun seksyen 52 seorang pegawai polis yang tidak bertanggungan untuk berkhidmat dalam Polis Simpanan atas alasan bahawa pelantikannya dalam Pasukan adalah sebelum tarikh yang disebut dalam seksyen itu boleh didaftarkan sebagai seorang anggota

Polis Simpanan:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun pegawai polis boleh didaftarkan sebagai anggota Polis Simpanan jika dia telah bersara selama tempoh sepuluh tahun atau telah mencapai umur lima tahun lebih daripada umur persaraan yang diwajibkan, mengikut mana yang lebih awal.

(2)

Seksyen yang berikut dalam Bahagian ini hendaklah terpakai bagi seorang pegawai polis didaftarkan sebagai seorang anggota

Polis Simpanan di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi seorang pegawai polis yang bertanggungan berkhidmat dalam Polis

Simpanan.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 344

Report

Bahagian XI

Kor Kadet Polis Diraja Malaysia

Bahagian XII

Disiplin

Bahagian XIII

Kumpulan Wang Polis

Bahagian XIV

Schedules