Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian X · Simpanan Polis Diraja Malaysia

63. Diberhentikan daripada Polis Simpanan dan rayuan

Feedback & support
(1)

Seorang pegawai polis simpanan yang dengan kelakuannya telah menunjukkan dirinya tak sesuai untuk berkhidmat selanjutnya boleh dibuang kerja, dan mana-mana pegawai polis simpanan yang perkhidmatannya tidak dikehendaki lagi atas apa-apa sebab boleh dilepaskan, daripada Polis Simpanan oleh Ketua Polis Negara:

Dengan syarat bahawa seorang pegawai polis simpanan yang telah dikerah untuk berkhidmat di bawah seksyen 55 tidak boleh dibuang kerja atau dilepaskan kecuali oleh Suruhanjaya Pasukan Polis.

(2)

Mana-mana pegawai polis simpanan yang terkilan dengan pembuangan atau perlepasannya

(kecuali pembuangan atau perlepasan itu oleh Suruhanjaya Pasukan Polis) boleh merayu kepada

Menteri terhadap pembuangan atau perlepasan itu; dan keputusan

Menteri mengenainya adalah muktamad.

Penamatan perkhidmatan dalam masa pengerahan

Report

Bahagian XI

Kor Kadet Polis Diraja Malaysia

Bahagian XII

Disiplin

Bahagian XIII

Kumpulan Wang Polis

Bahagian XIV

Schedules