Akta Polis 1967 · Updated to 10 May 2024 · Bahagian X · Simpanan Polis Diraja Malaysia
55. Pengerahan Polis Simpanan
Feedback & support(1)
Polis Simpanan atau mana-mana bahagian daripadanya boleh dikerah dengan sesuatu perintah oleh Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa apabila keselamatan Malaysia terancam atau apabila suatu Pengisytiharan Darurat dikeluarkan.
(2)
Subseksyen (1) tidak akan melibatkan mana-mana pegawai polis simpanan yang adalah seorang Anggota Parlimen atau Dewan
Perundangan sesuatu Negeri atau seseorang yang menyandang pelantikan bergaji dalam Kerajaan Malaysia atau kerajaan mana-mana Negeri, selama mana dia adalah seorang Anggota atau menyandang pelantikan itu.