Act of Parliament · Updated to 3 Aug 1989
Registration of Pharmacists Act 1951
Feedback & supportA pharmacy board and the registering of pharmacistsOfficial textFrom Laws of Malaysia Online's scanned PDF, read by OCR; may contain errors
s 1Section 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951.
Akta ini hendaklah terpakai bagi Negeri-Negeri Malaysia Barat sahaja.
s 2Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ahli farmasi berdaftar” ertinya seseorang yang namanya sedang terdapat dalam Daftar yang disimpan di bawah Akta ini;
"bahan terapeutik" ertinya apa-apa bahan yang boleh ditetapkan oleh Lembaga sebagai suatu bahan terapeutik bagi maksud Akta ini:
Dengan syarat bahawa jika maha-mana undang-undang bertulis yang memperkatakan tentang bahan-bahan terapeutik sedang berkuatkuasa di Malaysia, maka tiada bahan boleh ditetapkan sedemikian melainkan jika ia adalah bahan terapeutik mengikut pengertian undang-undang bertulis sedemikian;
“dadah berbahaya” ertinya apa-apa dadah atau bahan yang pada masa ini termasuk dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 atau mana-mana jadual yang bersamaan dengan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan dadah berbahaya yang berkuatkuasa di Malaysia;
"Lembaga" ertinya Lembaga Farmasi yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
"orang" tidak termasuk pertubuhan perbadanan;
"racun" ertinya apa-apa benda yang disifatkan sebagai racun mengikut pengertian Akta Racun 1952, atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan racun yang berkuatkuasa di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan ex officio;
s 3Section 3
Maka hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Farmasi yang terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:
seorang yang dicalonkan oleh Naib Canselor Universiti Malaya, dan dilantik oleh Menteri;
(Ditinggalkan).
seorang ahli farmasi dalam perkhidmatan awam Malaysia yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
(Ditinggalkan).
seorang wakil daripada Jabatan Kimia, yang dicalonkan oleh Ketua Pengarah Kimia dan dilantik oleh Menteri;
dua orang, yang tidak dalam perkhidmatan awam Malaysia, yang dicalonkan oleh Persatuan atau Persatuan-Persatuan yang mewakili ahli farmasi dalam amalan persendirian dan dilantik oleh Menteri.
Tempoh perlantikan anggota-anggota, selain daripada anggota-anggota ex officio, hendaklah tiga tahun, tetapi anggota-anggota sedemikian adalah layak untuk dilantik semula.
Walau apa pun subseksyen (2), Menteri boleh, pada bila-bila masa, menurut budi bicaranya, menggantungkan atau menamatkan perlantikan manamana anggota Lembaga, selain daripada anggota ex officio, dan boleh melantik seorang lain sebagai gantinya atau sebagai ganti mana-mana anggota yang bersara atau yang, pada masa itu, tidak dapat bertindak atau yang tidak hadir tiga kali berturut-turut mesyuarat Lembaga tanpa apa-apa alasan yang difikirkan munasabah oleh Menteri:
Dengan syarat bahawa jika mana-mana anggota Lembaga telah dicalonkan mengikut mana-mana peruntukan subseksyen (1), Menteri tidaklah boleh melantik mana-mana orang sebagai gantinya selain daripada seseorang yang dicalonkan dengan wajar mengikut cara yang sama dengan anggota sedemikian.
Segala tindakan yang dilakukan oleh Lembaga hendaklah, walaupun ada apa-apa kekosongan dalam Lembaga atau walaupun kemudiannya didapati bahawa ada kecacatan dalam perlantikan seseorang yang dikatakan anggota Lembaga, menjadi sah seolaholah tiada kekosongan atau kecacatan sedemikian telah wujud.
...
s 4Section 4
Ketua Pengarah Kesihatan hendaklah menjadi Yang Dipertua Lembaga dan hendaklah menjadi Pengerusi bagi semua mesyuarat yang dihadirinya.
Dalam masa ketakhadiran Yang Dipertua daripada apa-apa mesyuarat, anggota-anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada bilangan mereka untuk menjadi Pengerusi.
Pengerusi hendaklah mempunyai undi asal dalam apa-apa mesyuarat dan juga, jika di atas apa-apa soalan undi dibahagi sama banyak, undi pemutus.
Lembaga hendaklah bermesyuarat di manamana tempat dan pada bila-bila masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang Dipertua dan lima orang anggota hendaklah membentuk suatu kuorum dalam mana-mana mesyuarat.
s 5Section 5
Bagi maksud-maksud Akta ini, suatu daftar ahli farmasi (kemudian daripada ini disebut daftar) hendaklah disimpan, mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan, oleh Ketua Pengarah Kesihatan, (kemudian daripada ini disebut Pendaftar), yang hendaklah bertanggungjawab bagi penyenggaraan dan penjagaan daftar itu dan hendaklah melaksanakan apa-apa tugas berkaitan dengannya sebagaimana yang ditetapkan.
s 6Section 6
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, orang-orang yang berikut adalah berhak untuk didaftarkan di bawah Akta ini—
(Dimansuhkan).
mana-mana orang yang memegang Ijazah Farmasi daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, dan yang telah mematuhi apaapa syarat berkenaan dengan perantisan dan latihan sebagaimana yang ditetapkan;
mana-mana orang yang pada mula berkuatkuasanya Akta ini didaftarkan sebagai seorang ahli farmasi di bawah Ordinan Pendaftaran Ahli Farmasi Negeri-Negeri Selat dalam pemakaiannya bagi Negeri-Negeri Selat dan bagi Tanah Jajahan.
Lembaga boleh menurut budi bicaranya dari semasa ke semasa menerima masuk ke dalam daftar—
mana-mana orang yang memegang apa-apa kelayakan farmaseutik lain yang disifatkan sesuai untuk pendaftaran oleh Menteri selepas berunding dengan Lembaga; atau
mana-mana orang yang, selama suatu tempoh lima tahun yang berterusan sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini, telah menjalankan amalan sebagai seorang ahli farmasi dan memohon untuk didaftarkan di bawah Akta ini sebelum 31hb Disember 1954.
Dalam subseksyen ini "menjalankan amalan sebagai seorang ahli farmasi" ertinya mana-mana orang yang telah—
menjalankan suatu perniagaan penyimpanan, peruncitan dan pendispensaan atau penyebatian racun atau bahan terapeutik; atau
dilatih oleh seorang ahli farmasi yang berkelayakan dan telah bekerja dalam suatu makmal pengilangan bahan farmaseutik atau suatu jabatan farmaseutik sesuatu hospital.
Mana-mana orang yang didaftarkan di bawah perenggan (a) (i) boleh dikenakan apa-apa had dan syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dan jika apa-apa had atau syarat dikenakan sedemikian, maka pendaftaran orang itu hendaklah berkuatkuasa tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat sedemikian.
Had-had dan syarat-syarat yang dinyatakan oleh Menteri di bawah perenggan terdahulu boleh termasuk had dan syarat yang membuat peruntukan mengenai pendaftaran terhad yang menurutnya pendaftaran seseorang di bawah perenggan (a) (i) hendaklah berkuatkuasa hanya selama apa-apa tempoh sebagaimana Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, boleh putuskan.
Tiada kelayakan boleh dicatatkan dalam daftar, sama ada semasa pendaftaran pertama atau melalui penambahan kepada suatu nama berdaftar, melainkan jika Pendaftar berpuas hati, menurut apa-apa keterangan sebagaimana yang didapatinya mencukupi, bahawa orang yang menuntut kelayakan sedemikian adalah berhak kepadanya.
Tiada seorang pun boleh didaftarkan di bawah Akta ini melainkan jika dia telah mencapai umur dua puluh satu tahun.
s 6ASection 6A
Lembaga boleh sebelum menerima masuk manamana orang ke dalam daftar di bawah seksyen 6 (2) (a) (i) menghendaki orang itu mematuhi syarat-syarat berkenaan dengan perantisan dan latihan dan lulus apa-apa peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan atau ditentukan oleh Lembaga.
s 7Section 7
Tiada seorang pun, melainkan jika dia didaftarkan di bawah Akta ini, boleh mengambil atau menggunakan nama atau gelaran ahli kimia farmasi atau ahli farmaseutik atau ahli kimia dan peniaga ubat atau peniaga ubat atau ahli farmasi, atau mengambil atau menggunakan, berkaitan dengan penjualan barangan secara runcit, nama atau gelaran ahli kimia atau apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan lain yang membayangkan bahawa dia atau mana-mana orang yang digaji olehnya didaftarkan atau berhak didaftarkan di bawah Akta ini.
Tiada seorang pun boleh mengambil atau menggunakan atau melekatkan kepada, atau menggunakan berkaitan dengan, premisnya, apa-apa gelaran atau perihalan yang direncanakan secara munasabah untuk mencadangkan bahawa dia atau mana-mana orang yang digajikan dalam perniagaan yang dijalankan di premisnya memiliki apa-apa kelayakan mengenai penjualan, pendispensaan atau penyebatian ubat atau racun selain daripada kelayakan-kelayakan yang dia sebenarnya miliki.
Bagi maksud subseksyen (1), penggunaan perihalan "farmasi" atau "dispensari" berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan di mana-mana premis hendaklah disifatkan sebagai berkaitan dengan penjualan barangan secara runcit dan sebagai membayangkan bahawa pemunya perniagaan itu atau orang yang mempunyai kawalan ke atas perniagaan itu di premis tersebut adalah didaftarkan di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh terpakai bagi penggunaan perkataan "dispensari" oleh seorang pengamal perubatan, yang didaftarkan pada masa itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftaran pengamal-pengamal perubatan yang berkuatkuasa di Malaysia, atau oleh seorang doktor veterinar, berkaitan dengan amalan profesionnya dalam amalan atau perniagaan persendiriannya, atau dalam amalan atau perniagaan perkongsian yang tiaptiap anggotanya adalah seorang pengamal perubatan berdaftar, atau bagi penggunaan perkataan "dispensari" berkaitan dengan dispensari-dispensari di bawah kawalan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan.
Mana-mana orang yang bertindak berlanggaran dengan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan yang apabila disabitkan di hadapan Mahkamah Sesyen boleh dikenakan penalti tidak melebihi lima ratus ringgit, dan penalti tambahan sebanyak lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari dalam masa kesalahan itu berterusan.
s 8Section 8
Mana-mana orang yang layak didaftarkan di bawah Akta ini boleh memohon kepada Pendaftar untuk pendaftaran. Tiap-tiap permohonan sedemikian hendaklah dibuat mengikut apa-apa cara dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, fotograf dan butiran sebagaimana yang ditetapkan. Bukti pengenalan yang memuaskan hendaklah diberikan dalam setiap hal.
Apabila orang sedemikian telah mematuhi kehendak-kehendak subseksyen (1) dan telah membayar fee yang ditetapkan, dia hendaklah, tertakluk kepada seksyen 6 (2) (c) dan seksyen 9, diterima masuk oleh Lembaga ke dalam daftar.
s 9Section 9
Jika mana-mana orang yang memohon untuk didaftarkan telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang pada pendapat Lembaga menyebabkannya tak layak terdaftar dalam daftar atau, selepas siasatan wajar oleh Lembaga, disifatkan olehnya sebagai telah melakukan kelakuan yang memalukan dalam apa-apa aspek profesional, Lembaga boleh menolak untuk menerima masuk orang sedemikian ke dalam daftar. Atas siasatan sedemikian, orang yang terhadapnya kelakuan sedemikian dikatakan adalah berhak untuk hadir secara sendirinya atau dengan atau melalui peguam dan untuk didengar secara sendirinya atau melalui peguam.
s 10Section 10
Tiap-tiap orang yang didaftarkan di bawah Akta ini yang telah mendapat apa-apa kelayakan yang lebih tinggi daripada kelayakan yang berkenaan dengannya dia telah didaftarkan adalah berhak untuk mendapatkan kelayakan yang lebih tinggi itu dimasukkan dalam daftar sebagai ganti bagi atau sebagai tambahan kepada kelayakan yang didaftarkan terdahulu, tanpa pembayaran apa-apa fee lanjut.
s 11Section 11
Jika seseorang telah diterima masuk ke dalam daftar Lembaga hendaklah mengeluarkan kepadanya suatu perakuan pendaftaran dalam bentuk yang ditetapkan. Suatu fotograf orang sedemikian hendaklah dilekatkan pada perakuan itu.
Jika seseorang diterima masuk ke dalam daftar tertakluk kepada apa-apa had dan syarat menurut seksyen 6 (2) (c), maka had-had dan syarat-syarat sedemikian hendaklah diendorskan pada perakuan pendaftarannya dan perakuan yang diendorskan sedemikian hendaklah berkuatkuasa tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalamnya.
s 12Section 12
Seorang ahli farmasi berdaftar yang menjalankan perniagaan hendaklah, setakat yang perniagaan sedemikian berhubung dengan penyimpanan, peruncitan, pendispensaan, dan penyebatian racun, dadah berbahaya atau bahan terapeutik, mematuhi syarat-syarat yang berikut:
di setiap satu premis di mana perniagaan itu dijalankan, perniagaan hendaklah dijalankan secara bona fide oleh ahli farmasi berdaftar itu sendiri atau oleh seorang ahli farmasi berdaftar yang lain;
nama dan perakuan pendaftaran orang yang menjalankan perniagaan itu di mana-mana premis hendaklah dipamerkan dengan terang dalam premis tersebut.
Mana-mana orang yang gagal untuk mematuhi mana-mana syarat sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan di hadapan Mahkamah Sesyen boleh dikenakan penalti tidak melebihi lima ratus ringgit dan penalti tambahan sebanyak lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari dalam masa yang kesalahan itu berterusan.
s 13Section 13
Bagi maksud-maksud Akta ini, Pendaftar hendaklah mencatatkan dalam daftar mengikut apaapa bentuk dan cara sebagaimana yang ditetapkan, nama tiap-tiap pertubuhan perbadanan yang menjalankan perniagaan penyimpanan, peruncitan, pendispensaan dan penyebatian racun, dadah berbahaya atau bahan terapeutik dalam Malaysia dan yang berhak untuk didaftarkan di bawah seksyen ini.
Tiada pertubuhan perbadanan sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini melainkan jika Lembaga berpuas hati bahawa perniagaan sedemikian akan berada di bawah kawalan dan pengurusan seorang penguasa yang adalah seorang ahli farmasi berdaftar dan yang tidak bertindak pada masa itu atas suatu sifat seumpamanya bagi mana-mana pertubuhan perbadanan, firma atau perkongsian lain atau dalam apa-apa perniagaan lain bagi pihak dirinya sendiri.
Di atas pendaftaran suatu pertubuhan perbadanan di bawah seksyen ini, suatu perakuan pendaftaran mengikut bentuk yang ditetapkan dan sekian bilangan salinannya sebagaimana yang dikehendaki hendaklah dikeluarkan kepadanya oleh Lembaga.
Tertakluk kepada seksyen ini, suatu pertubuhan perbadanan yang didaftarkan di bawah seksyen ini yang menjalankan suatu perniagaan, setakat yang ia berhubungan dengan penyimpanan, peruncitan, pendispensaan dan penyebatian racun, dadah berbahaya atau bahan terapeutik, hendaklah mematuhi syarat-syarat yang berikut:
perniagaan pertubuhan perbadanan itu hendaklah di bawah kawalan dan pengurusan seorang penguasa yang adalah seorang ahli farmasi berdaftar dan yang tidak bertindak pada masa itu atas suatu sifat seumpamanya bagi mana-mana pertubuhan perbadanan, firma atau perkongsian lain atau dalam apaapa perniagaan lain bagi pihak dirinya sendiri;
di setiap satu premis di mana perniagaan itu dijalankan, ia hendaklah, jika tidak dengan sendirinya dijalankan oleh penguasa itu, dijalankan secara bona fide di bawah arahan penguasa itu oleh seorang pengurus atau penolong yang adalah seorang ahli farmasi berdaftar;
jika perniagaan itu dijalankan dengan sendirinya di mana-mana premis oleh penguasa itu, perakuan pendaftarannya hendaklah dipamerkan dengan terang dalam premis tersebut, dan, jika perniagaan itu dijalankan di mana-mana premis oleh seorang pengurus atau penolong, perakuan pendaftarannya hendaklah dipamerkan dengan terang dalam premis-premis tersebut;
perakuan atau salinan perakuan pendaftaran pertubuhan perbadanan itu di bawah seksyen ini hendaklah dipamerkan dengan terang dalam setiap satu premis di mana perniagaan itu dijalankan.
Suatu pertubuhan perbadanan yang didaftarkan di bawah seksyen ini boleh, jika dan hanya selagi ia mematuhi kehendak-kehendak subseksyen (4), menggunakan nama atau gelaran ahli kimia dan peniaga ubat atau ahli kimia pendispensa atau peniaga ubat pendispensa, dan premis di mana perniagaan itu dijalankan boleh diperihalkan sebagai suatu farmasi.
Tiada pertubuhan perbadanan, melainkan jika ia didaftarkan di bawah seksyen ini dan mematuhi kehendak-kehendak subseksyen (4), boleh menggunakan nama atau gelaran ahli kimia dan peniaga ubat atau ahli kimia pendispensa atau peniaga ubat pendispensa atau memperihalkan premis di mana ia menjalankan perniagaan sebagai suatu farmasi dan tiada pertubuhan perbadanan, sama ada didaftarkan atau tidak, boleh; tertakluk kepada subseksyen (5), menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang ia dilarang daripada menggunakannya oleh seksyen 7 sekiranya ia adalah seseorang mengikut pengertian seksyen sedemikian.
Jika—
suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan perniagaan yang terdiri daripada penjualan runcit racun, dadah berbahaya atau bahan terapeutik telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia berhubungan dengan racun, dadah berbahaya atau bahan terapeutik; atau
mana-mana pengarah atau pegawai atau orang lain yang digajikan oleh mana-mana badan sedemikian---
telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis yang disebut terdahulu;
telah disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah lain yang, pada pendapat Lembaga, menjadikannya, atau akan menjadikannya, jika dia seorang ahli farmasi berdaftar, tak layak berada dalam daftar; atau
telah melakukan apa-apa salah laku yang, pada pendapat Lembaga, menjadikannya, atau akan menjadikannya, jika dia seorang ahli farmasi berdaftar, tak-layak-berada-dalam-daftar,
Lembaga boleh menyiasat hal itu dan boleh, melainkan jika pertubuhan perbadanan itu memuaskan hati Lembaga bahawa perbuatan atau peninggalan yang berkenaan bukanlah dibiarkan atau dihasutkan oleh penguasa mereka atau oleh mana-mana pengarah atau pengurus mereka, dan bahawa orang yang melakukannya tidak lagi berada dalam penggajian mereka, menolak untuk mendaftarkan pertubuhan perbadanan itu atau, dalam hal suatu pertubuhan perbadanan yang telahpun didaftarkan, boleh mengeluarkan pertubuhan perbadanan sedemikian daripada daftar dan sesudah itu pertubuhan perbadanan sedemikian hendaklah terhenti daripada mempunyai hak untuk menggunakan apa apa gelaran atau perihalan yang berhak digunakan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan yang berdaftar di bawah seksyen ini.
Lembaga boleh mengeluarkan nama mana-mana pertubuhan perbadanan daripada daftar apabila—
pendaftaran perbadanan sedemikian telah didapatkan melalui pernyataan fraud dan tak betul; atau
pertubuhan perbadanan sedemikian telah berhenti menjalankan perniagaan yang tersebut dalam subseksyen (1).
Mana-mana pertubuhan perbadanan, yang bertindak berlanggaran dengan subseksyen (6) atau, jika didaftarkan di bawah seksyen ini, yang gagal mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh subseksyen (4) seksyen ini, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan di hadapan Mahkamah Sesyen boleh dikenakan penalti tidak melebihi dua ribu ringgit dan penalti tambahan tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari dalam masa kesalahan sedemikian berterusan dan tiap-tiap orang yang adalah pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan sedemikian atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian pada tarikh perlakuan kesalahan hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk mencegah perlakuan kesalahan itu dan apabila disabitkan di hadapan Mahkamah Sesyen boleh dikenakan penalti tidak melebihi dua ratus ringgit dan penalti tambahan tidak melebihi dua puluh lima ringgit bagi tiap-tiap hari dalam masa kesalahan sedemikian diteruskan olehnya.
Jika difikirkan patut oleh Lembaga dalam apaapa hal untuk berbuat demikian, ia boleh, sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan pertubuhan perbadanan berkenaan, mengarahkan pemasukan semula nama mana-mana pertubuhan perbadanan ke dalam daftar dan apa-apa kehilangan kelayakan yang dikenakan oleh subseksyen (7) hendaklah dengan itu terhenti.
s 14Section 14
Tertakluk kepada seksyen ini, jika seseorang ahli farmasi berdaftar mati ketika menjalankan perniagaan yang terdiri daripada penjualan runcit racun, dadah berbahaya atau bahan terapeutik, manamana wasi, pentadbir atau pemegang amanah harta pusakanya yang menjalankan perniagaan itu selepas kematiannya mengikut syarat-syarat yang disebut kemudian daripada ini hendaklah berhak menggunakan berkaitan dengan perniagaan itu apa-apa gelaran dan perihalan sebagaimana yang mungkin digunakan oleh ahli farmasi berdaftar yang mati itu.
Syarat-syarat yang tersebut dalam subseksyen
adalah yang berikut:
di setiap satu premis di mana perniagaan itu dijalankan, perniagaan mestilah dijalankan secara bona fide oleh seorang ahli farmasi berdaftar;
nama dan perakuan pendaftaran orang yang menjalankan perniagaan itu di mana-mana premis hendaklah dipamerkan dengan terang dalam premis tersebut.
Jika mana-mana wasi, pentadbir atau pemegang amanah sedemikian atau mana-mana orang dalam penggajiannya—
telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undangundang bertulis yang sedang berkuatkuasa di Malaysia berhubungan dengan bahan terapeutik, atau dadah berbahaya atau racun; atau
telah disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah lain, atau telah melakukan apa-apa salah laku, yang, pada pendapat Lembaga, menjadikannya, atau akan jika dia seorang ahli farmasi berdaftar menjadikannya, taklayak berada dalam daftar,
Lembaga boleh menyiasat hal itu dan boleh, melainkan jika dalam hal sesuatu perbuatan atau peninggalan oleh seseorang dalam penggajiannya, wasi, pentadbir atau pemegang amanah itu memuaskan hati Lembaga bahawa perbuatan atau peninggalan yang berkenaan bukanlah dibiarkan atau dihasutkan olehnya, mengarahkan bahawa dia hendaklah terhenti daripada mempunyai hak untuk menggunakan apa-apa gelaran atau perihalan yang mungkin telah digunakan oleh ahli farmasi yang mati itu.
s 15Section 15
Pendaftar hendaklah menyiarkan dalam Warta secara tahunan, dengan seberapa segera yang praktik selepas hari pertama bulan Januari setiap tahun, suatu senarai yang mengandungi nama, alamat, kelayakan dari tarikh kelayakan semua ahli farmasi berdaftar dan semua pertubuhan perbadanan yang didaftarkan di bawah seksyen 13. Pendaftar hendaklah juga menyiarkan dalam Warta apa-apa pertukaran yang boleh dibuat dalam daftar dari semasa ke semasa.
Penyiaran senarai sedemikian hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa orang atau pertubuhan perbadanan yang dinamakan di dalamnya adalah didaftarkan di bawah Akta ini.
Ketiadaan nama mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan daripada senarai sedemikian hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa orang atau pertubuhan perbadanan itu tidak didaftarkan di bawah Akta ini.
Suatu perakuan di bawah tandatangan Pendaftar bahawa nama seseorang telah dicatatkan dalam atau dikeluarkan daripada daftar hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa seseorang itu adalah atau tidaklah didaftarkan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan.
s 16Section 16
Tiap-tiap ahli farmasi atau pertubuhan perbadanan berdaftar yang berhasrat supaya namanya dikekalkan dalam daftar hendaklah, sebelum akhir tiap-tiap tahun membuat permohonan mengikut cara yang ditetapkan, dan hendaklah membayar fee yang ditetapkan, bagi pengekalan namanya dalam daftar dalam masa tahun yang berikutnya.
Atas permohonan dan pembayaran sedemikian, pemohon hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, menjadi berhak kepada suatu perakuan (kemudian daripada ini disebut "perakuan tahunan") bahawa dia atau ia didaftarkan di bawah Akta ini.
Perakuan tahunan hendaklah dikeluarkan oleh Pendaftar dan hendaklah, melainkan jika dikenselkan di bawah seksyen 17, berkuatkuasa dari tarikh pengeluarannya sehingga akhir tahun itu.
Nama mana-mana ahli farmasi atau pertubuhan perbadanan berdaftar yang gagal untuk mendapatkan suatu perakuan tahunan sebelum bermulanya manamana tahun hendaklah dikeluarkan daripada daftar.
Mana-mana ahli farmasi atau pertubuhan perbadanan berdaftar yang telah gagal mendapatkan suatu perakuan tahunan sebelum bermulanya manamana tahun, tetapi yang kemudiannya membuat permohonan mengikut apa-apa cara dan membayar apa-apa fee tambahan sebagaimana yang ditetapkan, boleh diberi suatu perakuan tahunan bagi baki tahun itu, dan namanya bolehlah dicatatkan semula dalam daftar.
s 17Section 17
Lembaga boleh mengkenselkan suatu perakuan tahunan dan memerintahkan pengeluaran nama mana-mana ahli farmasi berdaftar daripada daftar jika sampai kepada pengetahuan Lembaga bahawa orang sedemikian—
telah mendapatkan pendaftaran melalui suatu pernyataan fraud atau tak betul; atau
telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang, pada pendapat Lembaga, menjadikannya tak layak berada dalam daftar atau telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia berhubungan dengan racun, dadah berbahaya atau bahan terapeutik; atau
telah bersalah kerana kelakuan yang memalukan atau keji dalam suatu aspek profesional; atau
telah mati; atau
telah meninggalkan dengan tetap Malaysia; atau
adalah tak sempurna akal atau oleh sebab sesuatu kelemahan lain, pada pendapat Lembaga, tak berupaya menjalankan amalan sebagai seorang ahli farmasi.
...
Jika difikirkan patut oleh Lembaga dalam apa-apa hal untuk berbuat demikian, ia boleh, sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan orang berkenaan, mengarahkan pemasukan semula ke dalam daftar apa-apa nama yang telah dikeluarkan daripada daftar.
Jika seseorang didaftarkan menurut seksyen 6 (2) (a) (i) dan pendaftarannya tertakluk kepada apaapa had dan syarat yang dikenakan oleh Menteri menurut perenggan (c) seksyen yang disebut terdahulu itu, nama ahli farmasi berdaftar sedemikian boleh juga dikeluarkan daripada daftar oleh Lembaga—
jika ahli farmasi berdaftar sedemikian melakukan suatu perlanggaran mana-mana had dan syarat yang di bawahnya dia didaftarkan; atau
jika had dan syarat yang dikenakan demikian adalah berhubungan dengan pendaftaran terhad bagi ahli farmasi berdaftar sedemikian sebagaimana yang diperihalkan dalam seksyen 6 (2) (d) dan tempoh dalam masa pendaftaran terhad itu hendak berkuatkuasa telah tamat.
Jika nama seseorang ahli farmasi berdaftar telah dikeluarkan oleh Lembaga di bawah subseksyen terdahulu, maka perakuan tahunannya hendaklah terhenti berkuatkuasa.
s 18Section 18
Pendaftar hendaklah dari semasa ke semasa memasukkan dalam daftar apa-apa pengubahan pada nama atau alamat mana-mana ahli farmasi berdaftar, atau pertubuhan perbadanan yang mungkin sampai kepada pengetahuannya dan hendaklah memadamkan daripada daftar nama semua ahli farmasi atau Pengubahan dalam, dan pemadaman nama daripada, daftar.
pertubuhan perbadanan berdaftar sedemikian sebagaimana yang diperintahkan oleh Lembaga supaya dikeluarkan daripadanya:
Dengan syarat bahawa apa-apa nama yang dikeluarkan sedemikian boleh pada bila-bila masa dimasukkan semula ke dalam daftar atas arahan Lembaga. 18A.
s 19Section 19
Mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang terkilan dengan pengeluaran-namanya-daripada daftar, atau dengan apa-apa penolakan atau kegagalan untuk mencatatkan namanya dalam daftar, atau dengan apa-apa penolakan untuk mengeluarkan kepadanya sesuatu perakuan tahunan, atau oleh apa-apa pengkenselan perakuan tahunannya, boleh merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
s 20Section 20
Mana-mana orang yang dengan cara fraud menyebabkan atau cuba menyebabkan dirinya sendiri atau mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan lain didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah, apabila disabitkan di hadapan Mahkamah Sesyen, dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dikenakan kedua-duanya.