Skip to content

Seksyen 4

of Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951

ActIn forceProvision 4 of 24

Seksyen 4

(1)

Ketua Pengarah Kesihatan hendaklah menjadi Yang Dipertua Lembaga dan hendaklah menjadi Pengerusi bagi semua mesyuarat yang dihadirinya.

(2)

Dalam masa ketakhadiran Yang Dipertua daripada apa-apa mesyuarat, anggota-anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada bilangan mereka untuk menjadi Pengerusi.

(3)

Pengerusi hendaklah mempunyai undi asal dalam apa-apa mesyuarat dan juga, jika di atas apa-apa soalan undi dibahagi sama banyak, undi pemutus.

(4)

Lembaga hendaklah bermesyuarat di manamana tempat dan pada bila-bila masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang Dipertua dan lima orang anggota hendaklah membentuk suatu kuorum dalam mana-mana mesyuarat.