Seksyen 8
of Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951
ActIn forceProvision 9 of 24
Seksyen 8
(1)
Mana-mana orang yang layak didaftarkan di bawah Akta ini boleh memohon kepada Pendaftar untuk pendaftaran. Tiap-tiap permohonan sedemikian hendaklah dibuat mengikut apa-apa cara dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, fotograf dan butiran sebagaimana yang ditetapkan. Bukti pengenalan yang memuaskan hendaklah diberikan dalam setiap hal.
(2)
Apabila orang sedemikian telah mematuhi kehendak-kehendak subseksyen (1) dan telah membayar fee yang ditetapkan, dia hendaklah, tertakluk kepada seksyen 6 (2) (c) dan seksyen 9, diterima masuk oleh Lembaga ke dalam daftar.