Skip to content

Seksyen 7

of Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951

ActIn forceProvision 8 of 24

Seksyen 7

(1)

Tiada seorang pun, melainkan jika dia didaftarkan di bawah Akta ini, boleh mengambil atau menggunakan nama atau gelaran ahli kimia farmasi atau ahli farmaseutik atau ahli kimia dan peniaga ubat atau peniaga ubat atau ahli farmasi, atau mengambil atau menggunakan, berkaitan dengan penjualan barangan secara runcit, nama atau gelaran ahli kimia atau apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan lain yang membayangkan bahawa dia atau mana-mana orang yang digaji olehnya didaftarkan atau berhak didaftarkan di bawah Akta ini.

(2)

Tiada seorang pun boleh mengambil atau menggunakan atau melekatkan kepada, atau menggunakan berkaitan dengan, premisnya, apa-apa gelaran atau perihalan yang direncanakan secara munasabah untuk mencadangkan bahawa dia atau mana-mana orang yang digajikan dalam perniagaan yang dijalankan di premisnya memiliki apa-apa kelayakan mengenai penjualan, pendispensaan atau penyebatian ubat atau racun selain daripada kelayakan-kelayakan yang dia sebenarnya miliki.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), penggunaan perihalan "farmasi" atau "dispensari" berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan di mana-mana premis hendaklah disifatkan sebagai berkaitan dengan penjualan barangan secara runcit dan sebagai membayangkan bahawa pemunya perniagaan itu atau orang yang mempunyai kawalan ke atas perniagaan itu di premis tersebut adalah didaftarkan di bawah Akta ini:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh terpakai bagi penggunaan perkataan "dispensari" oleh seorang pengamal perubatan, yang didaftarkan pada masa itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftaran pengamal-pengamal perubatan yang berkuatkuasa di Malaysia, atau oleh seorang doktor veterinar, berkaitan dengan amalan profesionnya dalam amalan atau perniagaan persendiriannya, atau dalam amalan atau perniagaan perkongsian yang tiaptiap anggotanya adalah seorang pengamal perubatan berdaftar, atau bagi penggunaan perkataan "dispensari" berkaitan dengan dispensari-dispensari di bawah kawalan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan.

(4)

Mana-mana orang yang bertindak berlanggaran dengan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan yang apabila disabitkan di hadapan Mahkamah Sesyen boleh dikenakan penalti tidak melebihi lima ratus ringgit, dan penalti tambahan sebanyak lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari dalam masa kesalahan itu berterusan.