Skip to content

Seksyen 21

of Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951

ActIn forceProvision 22 of 24

Seksyen 21

(1)

Menteri boleh melantik sekian bilangan orang untuk menjadi Pemeriksa sebagaimana yang didapatinya perlu bagi maksud-maksud Akta ini.

(2)

Apabila seseorang Pemeriksa mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana kesalahan di bawah Akta ini telah atau sedang dilakukan di mana-mana premis atau berkaitan dengan apa-apa perniagaan yang dijalankan di mana-mana premis, dia boleh, pada setiap masa yang munasabah, memasuki premis sedemikian dan boleh menggeledah dan memeriksa premis sedemikian dan boleh memeriksa, mengalih dan menahan apa-apa buku, dokumen atau artikel lain yang dijumpai di dalamnya yang pada pendapat Pemeriksa itu boleh memberi keterangan mengenai perlakuan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini dan boleh menghendaki mana-mana orang yang menjalankan atau menguruskan apa-apa perniagaan penyimpanan, peruncitan, pendispensaan atau penyebatian racun, dadah berbahaya atau bahan terapeutik untuk mengemukakan bagi pemeriksaannya apa-apa perakuan yang dikeluarkan kepada orang sedemikian atau kepada majikannya di bawah Akta ini.

(3)

Mana-mana orang yang menggalang atau menghalang seseorang Pemeriksa dalam pelaksanaan tugas-tugasnya di bawah Akta ini boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dikenakan kedua-duanya.