Skip to content

Seksyen 3

of Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951

ActIn forceProvision 3 of 24

Seksyen 3

(1)

Maka hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Farmasi yang terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:

(c)

seorang yang dicalonkan oleh Naib Canselor Universiti Malaya, dan dilantik oleh Menteri;

(b)

(Ditinggalkan).

(d)

seorang ahli farmasi dalam perkhidmatan awam Malaysia yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

(e)

(Ditinggalkan).

(f)

seorang wakil daripada Jabatan Kimia, yang dicalonkan oleh Ketua Pengarah Kimia dan dilantik oleh Menteri;

(g)

dua orang, yang tidak dalam perkhidmatan awam Malaysia, yang dicalonkan oleh Persatuan atau Persatuan-Persatuan yang mewakili ahli farmasi dalam amalan persendirian dan dilantik oleh Menteri.

(2)

Tempoh perlantikan anggota-anggota, selain daripada anggota-anggota ex officio, hendaklah tiga tahun, tetapi anggota-anggota sedemikian adalah layak untuk dilantik semula.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Menteri boleh, pada bila-bila masa, menurut budi bicaranya, menggantungkan atau menamatkan perlantikan manamana anggota Lembaga, selain daripada anggota ex officio, dan boleh melantik seorang lain sebagai gantinya atau sebagai ganti mana-mana anggota yang bersara atau yang, pada masa itu, tidak dapat bertindak atau yang tidak hadir tiga kali berturut-turut mesyuarat Lembaga tanpa apa-apa alasan yang difikirkan munasabah oleh Menteri:

Dengan syarat bahawa jika mana-mana anggota Lembaga telah dicalonkan mengikut mana-mana peruntukan subseksyen (1), Menteri tidaklah boleh melantik mana-mana orang sebagai gantinya selain daripada seseorang yang dicalonkan dengan wajar mengikut cara yang sama dengan anggota sedemikian.

(4)

Segala tindakan yang dilakukan oleh Lembaga hendaklah, walaupun ada apa-apa kekosongan dalam Lembaga atau walaupun kemudiannya didapati bahawa ada kecacatan dalam perlantikan seseorang yang dikatakan anggota Lembaga, menjadi sah seolaholah tiada kekosongan atau kecacatan sedemikian telah wujud.

(5)

...