Skip to content

Seksyen 15

of Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951

ActIn forceProvision 16 of 24

Seksyen 15

(1)

Pendaftar hendaklah menyiarkan dalam Warta secara tahunan, dengan seberapa segera yang praktik selepas hari pertama bulan Januari setiap tahun, suatu senarai yang mengandungi nama, alamat, kelayakan dari tarikh kelayakan semua ahli farmasi berdaftar dan semua pertubuhan perbadanan yang didaftarkan di bawah seksyen 13. Pendaftar hendaklah juga menyiarkan dalam Warta apa-apa pertukaran yang boleh dibuat dalam daftar dari semasa ke semasa.

(2)

Penyiaran senarai sedemikian hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa orang atau pertubuhan perbadanan yang dinamakan di dalamnya adalah didaftarkan di bawah Akta ini.

(3)

Ketiadaan nama mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan daripada senarai sedemikian hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa orang atau pertubuhan perbadanan itu tidak didaftarkan di bawah Akta ini.

(4)

Suatu perakuan di bawah tandatangan Pendaftar bahawa nama seseorang telah dicatatkan dalam atau dikeluarkan daripada daftar hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa seseorang itu adalah atau tidaklah didaftarkan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan.