Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
of Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951
“ahli farmasi berdaftar” ertinya seseorang yang namanya sedang terdapat dalam Daftar yang disimpan di bawah Akta ini;
"bahan terapeutik" ertinya apa-apa bahan yang boleh ditetapkan oleh Lembaga sebagai suatu bahan terapeutik bagi maksud Akta ini:
Dengan syarat bahawa jika maha-mana undang-undang bertulis yang memperkatakan tentang bahan-bahan terapeutik sedang berkuatkuasa di Malaysia, maka tiada bahan boleh ditetapkan sedemikian melainkan jika ia adalah bahan terapeutik mengikut pengertian undang-undang bertulis sedemikian;
“dadah berbahaya” ertinya apa-apa dadah atau bahan yang pada masa ini termasuk dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 atau mana-mana jadual yang bersamaan dengan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan dadah berbahaya yang berkuatkuasa di Malaysia;
"Lembaga" ertinya Lembaga Farmasi yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
"orang" tidak termasuk pertubuhan perbadanan;
"racun" ertinya apa-apa benda yang disifatkan sebagai racun mengikut pengertian Akta Racun 1952, atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan racun yang berkuatkuasa di Malaysia.
(a)
Ketua Pengarah Kesihatan ex officio;