Skip to content

Seksyen 11

of Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951

ActIn forceProvision 12 of 24

Seksyen 11

(1)

Jika seseorang telah diterima masuk ke dalam daftar Lembaga hendaklah mengeluarkan kepadanya suatu perakuan pendaftaran dalam bentuk yang ditetapkan. Suatu fotograf orang sedemikian hendaklah dilekatkan pada perakuan itu.

(2)

Jika seseorang diterima masuk ke dalam daftar tertakluk kepada apa-apa had dan syarat menurut seksyen 6 (2) (c), maka had-had dan syarat-syarat sedemikian hendaklah diendorskan pada perakuan pendaftarannya dan perakuan yang diendorskan sedemikian hendaklah berkuatkuasa tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalamnya.