Skip to content

Seksyen 12

of Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951

ActIn forceProvision 13 of 24

Seksyen 12

(1)

Seorang ahli farmasi berdaftar yang menjalankan perniagaan hendaklah, setakat yang perniagaan sedemikian berhubung dengan penyimpanan, peruncitan, pendispensaan, dan penyebatian racun, dadah berbahaya atau bahan terapeutik, mematuhi syarat-syarat yang berikut:

(a)

di setiap satu premis di mana perniagaan itu dijalankan, perniagaan hendaklah dijalankan secara bona fide oleh ahli farmasi berdaftar itu sendiri atau oleh seorang ahli farmasi berdaftar yang lain;

(b)

nama dan perakuan pendaftaran orang yang menjalankan perniagaan itu di mana-mana premis hendaklah dipamerkan dengan terang dalam premis tersebut.

(2)

Mana-mana orang yang gagal untuk mematuhi mana-mana syarat sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan di hadapan Mahkamah Sesyen boleh dikenakan penalti tidak melebihi lima ratus ringgit dan penalti tambahan sebanyak lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari dalam masa yang kesalahan itu berterusan.