Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

Bahagian V · Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

114. Kuasa pegawai pengangkutan jalan dalam penyiasatan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap pegawai pengangkutan jalan yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini mempunyai kuasa untuk mendapatkan maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, daripada mana-mana orang yang diandaikan tahu akan fakta dan hal keadaan kes yang disiasat.

(2)

Mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh seorang pegawai pengangkutan jalan supaya memberi maklumat di bawah seksyen ini, enggan mematuhi permintaan sedemikian oleh pegawai atau menyatakan sebagai benar, maklumat yang dia tahu atau ada sebab untuk mempercayai sebagai palsu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3)

Apabila maklumat sedemikian dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul keseluruhan atau sebahagiannya, tidak boleh menjadi dalihan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagiannya telah disalahtafsirkan, atau diberikan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud.

Pengangkutan Jalan 193

Report