Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

Bahagian V · Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

113. Kuasa polis dalam penyiasatan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap pegawai polis yang membuat penyiasatan di bawah

Akta ini boleh menjalankan apa-apa atau segala kuasa khas yang berhubungan dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan kepada pegawai polis itu di bawah Bab XIII Kanun Acara

Jenayah [Akta 593], dan seksyen 112 hingga 114 Kanun itu, adalah terpakai kepada pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa semasa penyiasatan itu dijalankan.

(2)

Jika apa-apa kesalahan terhadap Akta ini telah dilakukan atau disyaki telah dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau

Wilayah Persekutuan Putrajaya, seorang warden lalu lintas mempunyai kuasa supaya menghendaki, sama ada secara lisan atau secara bertulis, mana-mana orang untuk memberinya apa-apa maklumat dan mana-mana orang yang gagal memberikan maklumat itu atau memberikan apa-apa maklumat yang dia ada sebab untuk mempercayai sebagai palsu, melakukan suatu kesalahan.

Report