Seksyen 43
Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa
of Akta Pengangkutan Jalan 1987
Seseorang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya atau tanpa pertimbangan yang munasabah terhadap orang lain yang menggunakan jalan itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum denda tidak kurang daripada **lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan.
(2)
Mahkamah, (melainkan atas apa-apa sebab khas yang difikirkannya patut untuk memerintah selainnya), hendaklah memerintahkan supaya butir-butir mengenai apa-apa sabitan di bawah seksyen ini diendorskan pada mana-mana lesen memandu yang dipegang oleh orang yang disabitkan itu.
(3)
Atas sabitan kali kedua atau kemudiannya di bawah seksyen ini mahkamah hendaklah menjalankan kuasa yang diberikan oleh
Bahagian ini dengan memerintahkan supaya pesalah itu hendaklah dihilangkan kelayakannya daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu melainkan jika mahkamah, memandang kepada luputnya masa sejak tarikh sabitan yang dahulu atau sabitan dahulu
*CATATAN―Dahulunya “dua tahun”–lihat seksyen 4 Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2000
[Akta A1618].
**CATATAN―Dahulunya “empat ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan” –lihat seksyen 5 Akta Pengangkutan
Jalan (Pindaan) 2000 [Akta A1618].
Pengangkutan Jalan 75
yang terakhir atau atas apa-apa alasan lain (alasannya hendaklah dinyatakan dalam perintah itu), memikirkan patut untuk memerintahkan selainnya tetapi peruntukan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menjejaskan hak mahkamah menjalankan kuasa yang tersebut dahulu mengenai sabitan kali pertama.
(4)
Walau apa pun subseksyen (1), jika seseorang yang memegang lesen memandu percubaan disabitkan di bawah seksyen ini, mahkamah hendaklah sesudah itu membatalkan lesen memandunya itu.