Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian II · Pengelasan, Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan-Kenderaan Motor dan Pemandu

40. Melebihi had laju

Feedback & support
(1)

Jika mana-mana orang memandu sesuatu kenderaan motor dengan kelajuan yang lebih daripada apa-apa had laju yang dikenakan bagi kenderaan motor itu di bawah kuasa yang diberi oleh Akta ini, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu ringgit.

(2)

Mahkamah hendaklah, melainkan jika atas apa-apa sebab khas difikirkannya patut untuk memerintahkan selainnya, memerintahkan butir-butir mengenai apa-apa dapatan bersalah di bawah seksyen ini diendorskan pada mana-mana lesen memandu yang dipegang oleh orang yang disabitkan itu.

(3)

Suatu sabitan kali pertama atau kali kedua bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini tidak boleh menyebabkan seseorang pesalah itu dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi suatu tempoh yang lebih lama dari, satu bulan bagi sabitan pertama, atau, enam bulan, dalam hal sabitan kali kedua.

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules