Skip to content

Seksyen 42

Memandu secara melulu dan membahayakan

of Akta Pengangkutan Jalan 1987

ActIn forceProvision 49 of 176
Seksyen 42
(1)

Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang, memandang kepada segala hal keadaan (termasuk jenis, keadaan dan luas jalan dan kesesakan lalu lintas yang ada atau mungkin ada di jalan itu) merbahaya kepada orang awam, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.

(2)

Mahkamah hendaklah memerintahkan butir-butir mengenai apa-apa sabitan di bawah seksyen ini diendorskan pada mana-mana lesen memandu yang dipegang oleh orang yang disabitkan itu.

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(3)

Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada *lima tahun dari tarikh sabitan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, hilang kelayakan selama tempoh sepuluh tahun dari tarikh sabitan.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), jika seseorang yang memegang lesen memandu percubaan disabitkan di bawah seksyen ini, mahkamah hendaklah sesudah itu membatalkan lesen memandunya itu.