Skip to content

Seksyen 45

of Akta Pengangkutan Jalan 1987

ActIn forceProvision 52 of 176

Seksyen 45

(1)

Mana-mana orang yang apabila menjaga suatu kenderaan motor yang berada di jalan atau di tempat awam yang lain, tetapi tidak memandu kenderaan itu, tidak layak memandu kerana dia berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah hingga setakat yang menyebabkannya tidak berdaya menjaga sesuatu kenderaan motor dengan sepatutnya, melakukan suatu kesalahan dan

*apabila disabitkan hendaklah dihukum denda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit, dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun:

Dengan syarat bahawa seseorang hendaklah disifatkan bagi maksud seksyen ini sebagai tidak menjaga sesuatu kenderaan motor jika dia membuktikan—

(a)

bahawa pada masa material itu hal keadaannya sedemikian rupa bahawa tidak ada kemungkinan baginya memandu kenderaan itu selagi dia masih tidak layak memandu demikian; dan

(b)

bahawa di antara masa dia menjadi tidak layak untuk memandu dan masa material itu dia telah tidak memandu kenderaan itu di jalan atau tempat awam yang lain.

(2)

Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini adalah hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, hilang kelayakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh sabitan.

*CATATAN―Dahulunya “hendaklah apabila disabitkan dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh dipenjarakan tidak melebihi tiga bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada enam ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan”

– lihat subseksyen 7(a) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) [Akta A1618].

Pengangkutan Jalan 79

(3)

Jika seseorang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini telah dahulunya disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen 44, dia hendaklah, bagi maksud seksyen ini dikira sebagai telah disabitkan dahulunya di bawah seksyen ini.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), jika seseorang yang memegang lesen memandu percubaan disabitkan di bawah seksyen ini, mahkamah hendaklah sesudah itu membatalkan lesen memandunya itu.