Skip to content

Seksyen 45A

Memandu atau menjaga kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan

of Akta Pengangkutan Jalan 1987

ActIn forceProvision 53 of 176
Seksyen 45A
(1)

Mana-mana orang yang, apabila memandu atau cuba memandu sesuatu kenderaan motor atau apabila menjaga sesuatu kenderaan motor di sesuatu jalan atau tempat awam lain, mempunyai sebegitu banyak alkohol di dalam badannya sehingga kadar alkohol di dalam nafas, darah atau air kencingnya melebihi had yang ditetapkan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum *penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit.

(2)

Adalah menjadi pembelaan bagi seseorang yang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) untuk membuktikan bahawa pada masa yang material itu hal keadaan sebegitu rupa sehingga tiada kemungkinan dia memandu kenderaan itu semasa kadar alkohol di dalam nafas, darah atau air kencingnya masih mungkin melebihi had yang ditetapkan.

*CATATAN―Dahulunya “denda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada enam ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun” –

lihat subseksyen 8(a) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) [Akta A1816].

80 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(3)

*Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini adalah hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, hilang kelayakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh sabitan.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), jika seseorang yang memegang lesen memandu percubaan disabitkan di bawah seksyen ini, mahkamah hendaklah sesudah itu membatalkan lesen memandunya itu.