Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

62. Kuasa memasuki dan menggeledah premis

Feedback & support
(1)

Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau mana-mana pegawai yang menjaga sesuatu balai polis atau mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh, bagi maksud memeriksa kenderaan motor itu, pada bila-bila masa memasuki mana-mana tempat di mana dia mengesyaki ada sesuatu kenderaan motor disimpan yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini telah dilakukan.

(2)

Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau mana-mana pegawai yang menjaga sesuatu balai polis boleh, pada menjalankan suatu penyiasatan ke atas apa-apa kemalangan atau kejadian yang menyebabkan kematian atau cedera teruk kepada mana-mana orang, yang berhubungan dengannya suatu kenderaan motor disyaki terlibat, memasuki mana-mana tempat untuk menggeledah dan memeriksa kenderaan motor itu.

(3)

Dalam seksyen ini, “cedera parah” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam seksyen 320

Kanun Keseksaan.

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules