Skip to content

Seksyen 66D

Mempamerkan perakuan pemeriksaan

of Akta Pengangkutan Jalan 1987

ActIn forceProvision 89 of 176
Seksyen 66D
(1)

Tiap-tiap perakuan pemeriksaan yang dikeluarkan di bawah seksyen 66C hendaklah dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan motor yang berkenaan dengannya ia dikeluarkan mengikut apa-apa cara dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan.

(2)

Tiada seorang pun boleh (sama ada secara bertulis, melukis atau dengan apa-apa cara lain) mengubah, mencacatkan, merosakkan, atau menambah apa-apa kepada mana-mana perakuan pemeriksaan, atau tiada mana-mana orang pun boleh mempamerkan pada mana-mana kenderaan motor apa-apa perakuan pemeriksaan yang telah diubah, dicacatkan, dirosakkan atau ditambah seperti yang tersebut dahulu, atau yang padanya angka atau butir-butir telah tidak boleh dibaca atau yang warnanya telah berubah, kerana pudar atau selainnya, atau tiada mana-mana orang pun boleh mempamerkan apa-apa tiruan serupa mana-mana perakuan itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Pengiktirafan perakuan pemeriksaan negara lain

66DA. Sesuatu perakuan pemeriksaan yang dikeluarkan di bawah peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di mana-mana negara yang menjadi pihak kepada sesuatu triti yang kepadanya Malaysia juga menjadi pihak dan berupa sebagai mengiktiraf perakuan pemeriksaan domestik yang dikeluarkan oleh negara pejanji hendaklah, selagi perakuan sedemikian masih berkuat kuasa di negara itu, disifatkan sebagai perakuan pemeriksaan yang diberikan di bawah Bahagian ini.

Pengangkutan Jalan 125