66F. Pengambilan kerja pemeriksa
Feedback & support(1)
Seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan pemeriksaan di bawah Akta ini hendaklah mengambil kerja orang yang mempunyai kelayakan dan kekompetenan yang perlu sebagaimana ditetapkan dalam kaedah-kaedah sebagai pemeriksa untuk menjalankan pemeriksaan dan untuk mengeluarkan perakuan pemeriksaan.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.