66B. Kenderaan yang dikehendaki menjalani pemeriksaan berkala
Feedback & support(1)
Menteri boleh melalui kaedah-kaedah menentukan kelas atau kategori kenderaan yang dikehendaki menjalani pemeriksaan berkala di bawah Bahagian ini bagi maksud menentukan bahawa kenderaan itu mematuhi kehendak-kehendak mengenai pembinaan, kelengkapan dan penggunaan dan frekuensi pemeriksaan itu berkenaan dengan kelas atau kategori tertentu kenderaan.
(2)
Seksyen ini tidak terpakai bagi sesuatu kenderaan motor yang telah tidak digunakan di bawah seksyen 15.