Skip to content

Seksyen 63

Penimbangan kenderaan

of Akta Pengangkutan Jalan 1987

ActIn forceProvision 81 of 176
Seksyen 63
(1)

Maka adalah sah di sisi undang-undang bagi mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh seorang Ketua Pegawai Polis atau Pesuruhjaya Polis, mana-mana

108 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

warden lalu lintas yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Dato Bandar, Perbadanan Putrajaya, mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah, mana-mana pegawai Jabatan Kerja Raya yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah

Kerja Raya atau Pengarah Kerja Raya Negeri, atau mana-mana pegawai Lembaga Lebuhraya Malaysia yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya

Malaysia, menghendaki orang yang menjaga mana-mana kenderaan motor membenarkan kenderaan motor itu ditimbang oleh pegawai itu atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa untuk menjalankan penimbangan, sama ada dengan muatan atau tanpa muatan, dan berat yang dipindahkan pada jalan oleh mana-mana bahagian kenderaan motor itu yang bersentuh dengan jalan yang akan diuji dan, bagi maksud itu, hendaklah dengan serta-merta membawa kenderaannya ke mesin penimbang, dan jika mana-mana orang yang menjaga mana-mana kenderaan motor enggan atau cuai mematuhi mana-mana kehendak itu, atau memindahkan muatannya atau mana-mana bahagiannya sebelum kenderaan motor itu ditimbang, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2)

Jika dikehendaki sedemikian oleh orang yang menjaga kenderaan motor itu, pegawai atau orang yang diberi kuasa tersebut hendaklah, apabila kenderaan itu selesai ditimbang, mengeluarkan kepada orang itu suatu pendua atau salinan perakuan berat berkenaan dengan penimbangan itu:

Dengan syarat bahawa adalah tidak sah di sisi undang-undang bagi mana-mana pegawai atau orang itu menghendaki orang yang menjaga kenderaan motor itu menurunkan muatan kenderaan motor itu bagi maksud ditimbang tanpa muatan.