Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

66C. Pengeluaran dan penolakan perakuan pemeriksaan

Feedback & support
(1)

Jika, atas pemeriksaan, sesuatu kenderaan motor adalah didapati mematuhi kehendak mengenai pembinaan, kelengkapan dan penggunaan sesuatu kenderaan motor, orang yang dilesenkan untuk menjalankan pemeriksaan di bawah

Akta ini hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pemeriksaan berkenaan dengan kenderaan motor itu menyatakan bahawa kenderaan motor itu telah lulus pemeriksaan pada tarikh pemeriksaan.

(2)

Jika suatu perakuan pemeriksaan ditolak, orang yang dilesenkan untuk menjalankan pemeriksaan di bawah Akta ini hendaklah menyatakan alasan bagi penolakan itu.

(3)

Seseorang yang terkilan dengan penolakan itu boleh merayu kepada Ketua Pengarah, dan atas rayuan itu, Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan suatu pemeriksaan semula dijalankan atas perbelanjaan orang yang terkilan itu dan selepas pemeriksaan semula itu boleh menyebabkan dikeluarkan atau menolak untuk mengeluarkan suatu perakuan pemeriksaan.

124 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(4)

Keputusan Ketua Pengarah di bawah subseksyen (3) adalah muktamad.

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules