Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021) · Updated to 15 Nov 2021 · Bahagian III · Peruntukan Pelbagai yang Terpakai bagi Pertubuhan Secara Amnya
47. Menyiarkan, dsb., dakyah pertubuhan yang menyalahi undang-undang
Feedback & supportMana-mana orang yang mencetak, menyiarkan, mempamerkan, menjual atau mendedahkan untuk jualan, atau menghantarkan melalui pos atau yang, tanpa kuasa atau sebab yang sah, ada dalam milikannya apa-apa pelekat, surat khabar, buku, pekeliling, pernyataan bergambar atau apa-apa dokumen atau tulisan lain atau yang dikeluarkan atau yang nampaknya dikeluarkan oleh atau bagi pihak atau bagi kepentingan sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya, dan apa-apa buku, terbitan berkala, risalah, poster, perisytiharan, surat khabar, surat atau apa-apa dokumen atau tulisan lain yang berkenaan dengannya orang itu telah disabitkan hendaklah dilucuthakkan.