Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bab 3

22. Jawatankuasa pengurusan bersama

(1)

Badan pengurusan bersama hendaklah memilih jawatankuasa pengurusan bersama yang hendaklah, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang dikenakan atau arahan yang diberikan oleh badan pengurusan bersama itu pada mesyuarat agung, melaksanakan kewajipan badan pengurusan bersama itu dan menjalankan urusan badan pengurusan bersama itu bagi pihaknya, dan boleh bagi maksud itu menjalankan apa-apa kuasa badan pengurusan bersama itu.

(2)

Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi badan pengurusan bersama dan jawatankuasa pengurusan bersama dengan ubah suaian, termasuklah yang berikut:

(a)

sebutan mengenai “perbadanan pengurusan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai badan pengurusan bersama itu;

(b)

sebutan mengenai “jawatankuasa pengurusan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai jawatankuasa pengurusan bersama;

(c)

sebutan mengenai “pemilik” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pemunya petak;

(d)

sebutan mengenai “unit syer” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai unit syer yang diumpukkan;

(e)

penubuhan badan pengurusan bersama dan jawatankuasa pengurusan bersama hendaklah termasuk pemaju;

(f)

pada mana-mana mesyuarat agung, termasuk mesyuarat agung tahunan pertama, dan bagi maksud menentukan kuorum, pemaju hendaklah dikira sebagai satu orang, tanpa mengira bilangan petak di dalam kawasan pemajuan yang belum dijual; dan

Pengurusan Strata 47

(g)

pada mana-mana mesyuarat agung, termasuk mesyuarat agung tahunan pertama, dan bagi maksud menentukan hak mengundi, pemaju, berkenaan dengan petak di dalam kawasan pemajuan yang belum dijual, hendaklah mempunyai hak mengundi yang sama sebagaimana hak mengundi seseorang pembeli.

Report

Bab 4

Bab 5

Bahagian V

Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan

Bab 6

Bahagian VI

Ejen Pengurusan

Bahagian VII

Deposit untuk Membaiki Kecacatan

Bahagian VIII

Insurans

Bahagian IX

Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata

Bahagian

Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules