Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bab 3
25. Pemunya petak hendaklah membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, kepada badan pengurusan bersama
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Setiap pembeli hendaklah membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, berkenaan dengan petaknya kepada badan pengurusan bersama bagi penyenggaraan dan pengurusan
Undang-Undang Malaysia 50
bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama di dalam suatu kawasan pemajuan.
Pemaju hendaklah membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, kepada badan pengurusan bersama berkenaan dengan petak di dalam kawasan pemajuan yang belum dijual, yang merupakan suatu jumlah wang yang bersamaan dengan Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, yang kena dibayar oleh pembeli kepada badan pengurusan bersama itu sekiranya petak itu dijual.
Jumlah Caj yang kena dibayar di bawah subseksyen (1)
dan (2) hendaklah ditentukan oleh badan pengurusan bersama dari semasa ke semasa mengikut kadar unit syer yang diumpukkan bagi setiap petak.
Jumlah caruman kepada kumpulan wang penjelas yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) dan (2) hendaklah suatu jumlah wang yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada
Caj melainkan jika ditentukan selainnya oleh badan pengurusan bersama dari semasa ke semasa pada suatu mesyuarat agung yang tidak boleh kurang daripada sepuluh peratus daripada Caj.
Pemunya petak hendaklah, dalam masa empat belas hari daripada penerimaan notis daripada badan pengurusan bersama, membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, kepada badan pengurusan bersama itu.
Jika apa-apa jumlah wang itu masih tidak dibayar oleh pemunya petak berkenaan dengan petaknya apabila habis tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam subseksyen (5)—
badan pengurusan bersama itu boleh mendapatkan jumlah wang itu mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 34;
dan
pemunya petak itu hendaklah membayar bunga pada kadar yang ditentukan oleh badan pengurusan bersama itu di bawah perenggan 19(1)(d) tetapi bunga itu tidak boleh melebihi sepuluh peratus setahun.
Pengurusan Strata 51
Bab 4
Bab 5
Bahagian V
Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan
Bab 6
Bahagian VI
Ejen Pengurusan
Bahagian VII
Deposit untuk Membaiki Kecacatan
Bahagian VIII
Insurans
Bahagian IX
Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata
Bahagian
Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.
Bahagian X
Penguatkuasaan
Bahagian XI