Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bab 3
28. Baki yang tidak dipindahkan hendaklah terletak hak pada perbadanan pengurusan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika apa-apa baki wang dalam akaun penyenggaraan dan dalam akaun kumpulan wang penjelas tidak dipindahkan oleh badan pengurusan bersama di bawah perenggan 27(2)(a), wang itu hendaklah terletak hak pada perbadanan pengurusan pada tarikh habisnya tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen 27(2).
Apa-apa hak, kuasa atau remedi yang diberikan kepada, atau apa-apa liabiliti yang dikenakan ke atas, badan pengurusan bersama di bawah Bahagian ini berkenaan dengan kawasan pemajuan, termasuk Caj, caruman kepada kumpulan wang penjelas, dan apa-apa aset lain bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas, hendaklah terletak hak pada perbadanan pengurusan pada tarikh habisnya tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen 27(2), dan perbadanan pengurusan itu hendaklah mempunyai hak, kuasa, remedi atau liabiliti yang sama seolah-olah ia telah pada setiap masa menjadi suatu hak, kuasa, remedi atau liabiliti perbadanan pengurusan itu, termasuklah hak yang berkenaan dengan apa-apa prosiding undang-undang atau permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa oleh atau terhadap badan pengurusan bersama itu yang belum selesai sebaik sebelum tarikh habisnya tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen 27(2).
Apa-apa penghakiman atau award mana-mana timbang tara atau tribunal lain yang diperoleh oleh badan pengurusan bersama berkenaan dengan kawasan pemajuan, termasuklah Caj, caruman kepada kumpulan wang penjelas dan apa-apa aset lain bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas, dan tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya sebelum habisnya tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen 27(2), boleh dikuatkuasakan oleh perbadanan pengurusan.
Bab 4
Bab 5
Bahagian V
Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan
Bab 6
Bahagian VI
Ejen Pengurusan
Bahagian VII
Deposit untuk Membaiki Kecacatan
Bahagian VIII
Insurans
Bahagian IX
Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata
Bahagian
Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.
Bahagian X
Penguatkuasaan
Bahagian XI