Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bab 3
24. Badan pengurusan bersama hendaklah menubuhkan akaun kumpulan wang penjelas
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Badan pengurusan bersama hendaklah membuka dan menyenggarakan suatu akaun kumpulan wang penjelas dengan suatu bank atau institusi kewangan, yang ke dalamnya hendaklah didepositkan semua baki wang dalam akaun kumpulan wang penjelas yang dipindahkan oleh pemaju kepada badan pengurusan bersama itu di bawah perenggan 15(1)(a), dan semua caruman kepada kumpulan wang penjelas yang dibayar oleh pemunya petak kepada badan pengurusan bersama itu.
Akaun kumpulan wang penjelas hendaklah digunakan semata-mata bagi maksud membayar perbelanjaan modal yang sebenar atau yang dijangkakan berkenaan dengan perkara yang berikut:
pengecatan atau pengecatan semula mana-mana bahagian harta bersama;
pemerolehan apa-apa harta alih bagi kegunaan yang berhubungan dengan harta bersama;
pembaharuan atau penggantian apa-apa lekapan atau lengkapan yang terdapat dalam mana-mana harta bersama;
menaik taraf dan mengelokkan harta bersama; atau
apa-apa perbelanjaan modal lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh badan pengurusan bersama.
Bab 4
Bab 5
Bahagian V
Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan
Bab 6
Bahagian VI
Ejen Pengurusan
Bahagian VII
Deposit untuk Membaiki Kecacatan
Bahagian VIII
Insurans
Bahagian IX
Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata
Bahagian
Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.
Bahagian X
Penguatkuasaan
Bahagian XI