Skip to content

Seksyen 238

Memanjangkan atau memendekkan masa

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 238 of 248
Seksyen 238
(1)

Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, melalui perintah, melanjutkan atau memendekkan tempoh yang dalamnya seseorang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini atau oleh mana-mana penghakiman, perintah atau arahan untuk melakukan apa-apa perbuatan dalam mana-mana prosiding.

(2)

Mahkamah boleh melanjutkan apa-apa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) walaupun permohonan untuk mendapatkan pelanjutan itu tidak dibuat sehingga selepas habis tempoh itu.

Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

117

Perkara yang mengaibkan, dsb.