Seksyen 246
Jawatankuasa Kaedah-Kaedah
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
ActIn forceProvision 246 of 248
Seksyen 246
(1)
Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa yang dinamai Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah yang terdiri daripada—
(a)
Ketua Hakim Syarie yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b)
seorang wakil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan;
(c)
seorang wakil Jabatan Peguam Negara;
(d)
seorang wakil Peguam Syarie; dan
(e)
dua orang anggota lain yang dilantik oleh Ketua Hakim
Syarie.
(2)
Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(e) hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua tahun dan layak dilantik semula.
(3)
Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah hendaklah menjadi
Setiausaha Jawatankuasa.