Seksyen 243
Surat permintaan
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
Tertakluk pada subseksyen (2), Mahkamah atau seorang
Hakim boleh, dalam hal apa-apa prosiding yang belum selesai di hadapan Mahkamah lain, mengambil keterangan daripada mana-mana pihak atau saksi atau orang lain dan menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan bagi prosiding yang belum selesai itu.
(2)
Kuasa Mahkamah atau Hakim di bawah subseksyen (1)
hendaklah dijalankan jika terdapat suatu permintaan bertulis daripada
Mahkamah yang di hadapannya prosiding itu belum selesai.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah yang di hadapannya prosiding itu belum selesai boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak dalam prosiding itu, meminta
Mahkamah lain mengambil keterangan daripada mana-mana pihak atau saksi dalam prosiding itu, jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa pihak atau saksi itu tidak dapat hadir di Mahkamah itu kerana alasan yang munasabah atau jika kehadiran pihak atau saksi itu akan menyebabkan pihak yang memanggil saksi itu menanggung perbelanjaan yang tidak munasabah.