Seksyen 247
Kaedah-kaedah
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah boleh membuat kaedah-kaedah, yang hendaklah disiarkan dalam Warta, bagi menjalankan peruntukan Akta ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, kaedah-kaedah itu boleh membuat peruntukan bagi—
120
Undang-Undang Malaysia
(a)
tatacara dan amalan pejabat pendaftaran Mahkamah
Syariah;
(b)
fi, elaun dan kos yang kena dibayar berkenaan dengan prosiding di bawah Akta ini;
(c)
tatacara mengenai sulh;
(d)
borang, buku akaun, laporan dan dokumen lain yang hendak digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau benda yang dilakukan di bawah atau menurut Akta ini;
dan
(e)
penjalanan Mahkamah, bentuk dan kaedah pelaksanaan surat cara dan pelantikan pegawai atau ejen Mahkamah.
(2)
Jawatankuasa Kaedah-Kaedah boleh meminda Jadual Kedua dan Ketiga melalui perintah.