Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VII

57. Tuntutan untuk mendapatkan barang, dsb., yang diambil dalam pelaksanaan

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang membuat tuntutan untuk mendapatkan atau berkenaan dengan apa-apa wang, barang atau harta alih lain yang diambil atau dicadangkan hendak diambil dalam

42

Undang-Undang Malaysia pelaksanaan apa-apa penghakiman, atau untuk mendapatkan hasil atau nilai apa-apa barang atau harta sedemikian, hendaklah memberikan notis tuntutannya dalam Borang MS 9 kepada bailif yang dipertanggungkan dengan pelaksanaan penghakiman itu dan hendaklah memasukkan dalam notisnya suatu pernyataan tentang alamatnya, dan alamat itu hendaklah menjadi alamat untuk penyampaian kepadanya.

(2)

Apabila menerima suatu tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini, bailif hendaklah dengan serta-merta memberikan notis mengenai tuntutan itu dalam Borang MS 10 kepada pemiutang pelaksanaan dan pemiutang pelaksanaan itu hendaklah, dalam masa empat hari selepas menerima notis itu, memberikan notis dalam Borang MS 11 kepada bailif memberitahunya sama ada dia mengaku atau mempertikaikan tuntutan itu.

(3)

Jika—

(a)

bailif menerima suatu notis daripada pemiutang pelaksanaan di bawah subseksyen (2) yang mempertikaikan tuntutan itu, atau pemiutang pelaksanaan tidak, dalam tempoh yang disebut dalam subseksyen itu, memberikan notis yang dikehendaki itu; dan

(b)

tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini tidak ditarik balik, maka bailif boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief di bawah Bahagian ini.

(4)

Seorang bailif yang menerima notis daripada pemiutang pelaksanaan di bawah subseksyen (2) yang mengakui tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menarik diri daripada pemilikan wang, barang atau harta tak alih lain yang dituntut itu.

Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

Report

Bahagian VIII

Pliding

Bahagian IX

Pembayaran ke dalam dan Daripada Mahkamah

Bahagian X

Pindaan

Bahagian XI

Penzahiran

Bahagian XII

Pemindahan Prosiding

Bahagian XIII

Penyelesaian, Penarikan Balik dan Pemberhentian

Bahagian XIV

Keterangan

Bahagian XV

Pendengaran

Bahagian XVI

Penghakiman dan Perintah

Bahagian XVII

Rayuan

Bahagian XVIII

Penguatkuasaan dan Pelaksanaan

Bahagian XIX

Pembahagian Mengikut Kadar

Bahagian XX

Prosiding Interlokutori dan Perintah Interim

Bahagian XXI

Kuasa Hakim dan Pendaftar

Bahagian XXII

Wang dan Harta di dalam Mahkamah

Bahagian XXIII

Kos, Elaun dan Fi Mahkamah

Bahagian XXIV

Penghinaan Mahkamah

Bahagian XXV

Pelbagai

Schedules