Skip to content

Seksyen 62

Perbicaraan isu interplider

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 62 of 248
Seksyen 62
(1)

Bahagian XV hendaklah, dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu, terpakai berhubungan dengan isu interplider sebagaimana

Bahagian itu terpakai berhubungan dengan apa-apa kausa atau perkara lain.

(2)

Mahkamah yang membicarakan isu interplider boleh memberikan apa-apa penghakiman atau membuat apa-apa perintah yang akan dapat dengan muktamad membereskan segala soalan yang berbangkit dalam prosiding interplider itu.

(3)

Penghakiman itu hendaklah dalam salah satu bentuk dalam

Borang MS 15.