Skip to content

Seksyen 60

Kuasa Mahkamah yang mendengar saman

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 60 of 248
Seksyen 60
(1)

Jika, semasa mendengar saman di bawah Bahagian ini, semua orang yang membuat tuntutan yang bertentangan dalam hal

44

Undang-Undang Malaysia perkara yang dipertikaikan itu (kemudian daripada ini disebut "pihak-pihak menuntut" dalam Bahagian ini) hadir, maka Mahkamah boleh memerintahkan—

(a)

supaya mana-mana pihak menuntut dijadikan defendan dalam mana-mana tindakan yang belum selesai mengenai hal perkara yang dipertikaikan itu sebagai menggantikan atau sebagai tambahan kepada pemohon yang memohon relief di bawah Bahagian ini; atau

(b)

supaya sesuatu isu antara pihak-pihak menuntut itu dinyatakan dan dibicarakan dan boleh mengarahkan yang mana antara pihak-pihak menuntut itu yang hendak dijadikan plaintif dan yang mana yang hendak dijadikan defendan.

(2)

Jika—

(a)

pemohon atas suatu saman di bawah Bahagian ini ialah seorang bailif;

(b)

semua pihak menuntut bersetuju atau mana-mana antara mereka meminta sedemikian; atau

(c)

soalan yang menjadi isu antara pihak-pihak menuntut ialah soalan undang-undang dan fakta-faktanya tidak dipertikaikan, maka Mahkamah boleh memutuskan secara terus soalan yang menjadi isu antara pihak-pihak menuntut itu dan membuat suatu perintah dengan sewajarnya atas apa-apa terma yang difikirkannya adil.