Skip to content

Seksyen 58

Cara membuat permohonan

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 58 of 248
Seksyen 58
(1)

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan relief di bawah

Bahagian ini hendaklah dibuat melalui saman dalam Borang MS 12

atau MS 13, mengikut mana-mana yang sesuai.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3), suatu saman di bawah seksyen ini hendaklah disokong dengan afidavit yang menyatakan bahawa pemohon itu—

(a)

tidak menuntut apa-apa kepentingan dalam hal perkara yang dipertikaikan selain caj atau kos;

(b)

tidak berpakat sulit dengan mana-mana pihak menuntut dalam hal perkara itu; dan

(c)

sanggup membayar atau memindahkan hak perkara itu ke dalam Mahkamah atau membereskannya sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.

(3)

Jika pemohon ialah seorang bailif, dia tidak boleh memberikan apa-apa afidavit yang disebut dalam subseksyen (2) melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah.